Tuesday, 22 March 2016

KETAHUI KEGIATAN "DATO CANTIK" INI DI TEMPAT YANG TIDAK KITA SANGKA.

AMALAN RAHSIA KEJAYAAN "DATO SHAREEN AL-MASHOOR" YANG KITA TIDAK TAHU.



Siapa yang tidak kenal seorang jutawan jelita Dato Shareen Al-Mashoor atau lebih dikenali sebagai "dato cantik" kini menjadi bualan di media sosial. Selain individu lain, Dato Shareen juga dianggap antara jutawan yang sangat merendah diri.

Apa yang pasti, mesti ramai diluar sana yang tertanya-tanya apakah tips dan rahsia kejayaan "dato cantik" ini sehingga beliau mampu berdiri seperti hari ini. Seorang ahli perniagaan yang cukup berjaya!

Tidak akan pernah terfikir amalan yang sebegini hebat dipraktikkan oleh Dato Shareen seperti membuka sekolah untuk anak-anak yatim. Kebanyakan mereka adalah anak-anak pelarian atau pendatang asing dari Rohingya, Kemboja, Myamar, Thailand, dan Indonesia.



Katanya, "ada yang menpunyai ibu bapa tetapi disebabkan terlalu daif sehingga tiada bekalan makanan. Jadi kita ambil dan beri peluang untuk belajar supaya ada harapan untuk mereka mencari pekerjaan yang sah dimasa hadapan."

"Saya bukan hanya memberi bantuan dari segi kewangan sahaja tetapi saya juga meluangkan masa bersama mereka seperti memasak serta mengajar kelas tambahan untuk mereka."

Katanya lagi, "walaupun kehidupan saya serba lengkap dengan kejayaan syarikat PMGIFT yang saya usahakan selama 16tahun ini tetapi saya masih perlu bekerja keras  mencari rezeki kerana anak-anak angkat saya hampir 600 orang. Oleh itu saya akan buat satu lagi perniagaan kosmetik yang mana sebahagian dari hasil jualannya akan digunakan untuk membiayai anak-anak ini"

Sumber: www.kakishare.my




GODAAN JUTAWAN "DATO CANTIK"


TERTANYA-TANYA? Kemunculan Seorang JUTAWAN Yang Digelar "DATO CANTIK" Menggunakan Formula Pelik Untuk Berjaya.

Ramai yang terkejut dengan kehadiran seorang wanita cantik ini yang sudah seorang "Jutawan Dato Cantik". Namun ramai yang tidak tahu siapa beliau sebenarnya dan bagaimana beliau menjadi jutawaan dengan cara tidak menggunakan modal yang besar untuk memperluaskan lagi empayar yang dibina dengan hasil titik peluh sendiri. 


Sharifah Shareen Syed Rahman Al-Mashoor atau dikenali sebagai Dato Shareen Al-Mashoor
memulakan perniagaan beliau dengan kosong dan tidak mempunyai apa-apa aset bagi mengukuhkan tapak permulaan untuk meneruskan legasi amanat ayahnya.




Sebelum itu mari kita ikuti serba sedikit latar belakang dan kisah perjalanan menempuh asam garam dalam bidang perniagaan yang dilalui oleh "Dato Cantik" ini.

Beliau menamatkan pengajian dalam bidang hubungan antarabangsa dan diplomatik di Universiti Utara Malaysia dan memegang jawatan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). 

Pada usia seawal 23 tahun, Dato Shareen terpaksa melepaskan jawatan yang disandang sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik demi meneruskan dan memperluaskan perniagaan yang diamanatkan oleh ayahnya.

Bermula dengan perniagaan kecil yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya di Pulau Pinang yang hanya beroperasi dirumah sahaja sebelum berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Namun ia tidak sama sekali merebahkan semangat beliau, bahkan ianya menjadi sebuah inspirasi Dato Shareen untuk membuka jalan bagi memajukan dan memperkukuhkan lagi tapak perniagaan yang sedia ada.

Dengan umur seawal itu beliau sudah mendapatkan jalan yang paling efektif untuk membangunkan syarikatnya tanpa mengunakan modal yang besar, cukup sekadar kenalan daripada arwah ayahnya. 

Sehingga kini beliau telah berjaya melebarkan sayap syarikatnya mengeluarkan barangan cenderahati untuk syarikat korporat hampir 15 tahun. 




Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kecekalannya, beliau berusaha untuk mendapatkan sebuah kilang untuk bertapak di Kota Damansara dan impiannya tercapai setelah mendapat tawaran mencetak  baju untuk satu program yang sangat besar.


Katanya "kejayaan yang diraih selama ini bukan mudah untuk dapatkan jika kita tidak bekerja keras tanpa mengira masa disamping doa dan berserah pada yang maha esa".

Cabaran yang dihadapi selama ini untuk berjaya sangat banyak dan kuat. Hanya perlu berterusan dan tingkatkan lagi usaha serta belajar dengan orang-orang yang berjaya. 

Kini produk syarikatnya bukan saja mendapat tempat dalam kalangan syarikat ternama di negara ini, malah di luar negara termasuk Hong Kong, United Kingdom, Iraq dan Bahrain.

Bukan senang untuk me­ngambil hati pelanggan kerana banyak persaingan, namun beliau percaya rezeki daripada Tuhan sekiranya berusaha tanpa mengenal erti putus asa. Bukan sekadar mengejar impian didunia, malah akhirat juga perlu kita seimbagkan untuk mendapatkan keberkatan.

Justeru, dia menerap­kan konsep Islamik dalam perniagaannya iaitu setiap minggu, diadakan majlis bacaan Yasin untuk kakitangan di pejabatnya selain menjemput penceramah pada majlis ilmu. Dengan cara itu, rezeki lebih berkat dan sentiasa mengingati Pencipta.

Katanya lagi "bila melihat orang-orang berjaya, kita perlu ada sifat iri hati bagi memotivasi diri sendiri dan jangan lah sesekali ada sifat dengki dengan kejayaan yang orang lain dapat".


Sumber: www.kakishare.my